Tarikh Permulaan Puasa Bulan Ramadhan 2018 bagi seluruh Umat Islam di Malaysia

1 Ramadhan 1439 (Hijrah) yang bersamaan dengan 17 Mei 2017 merupakan tarikh bermulanya ibadah puasa bulan Ramadhan bagi seluruh umat Islam menerusi Panel Pakar Falak Islam Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Walau bagaimanapun, tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri Malaysia akan diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja iaitu Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad melalui radio dan television secara langsung pada 15 Mei 2018 bersamaan dengan 29 Syaaban 1439 Hijrah sekitar jam 8 malam pada hari Selasa.

Jadual Tarikh-Tarikh Penting Dalam Islam 2018

Tarikh Hijri (1439) Tarikh Miladi (2018) Hari Kebesaran Islam
27 Rejab 24 April Israk dan Mikraj
1 Ramadhan* 17 Mei Awal Ramadhan/Puasa
17 Ramadhan 2 Jun Nuzul AL-Quran
1 Syawal* 15 Jun Hari Raya Puasa/Aidilfitri
1 Zulhijjah 13 Ogos Awal Zuhijjah
10 Zulhijjah* 22 Ogos Hari Raya Korban/Aidiladha
1 Muharam 1440 11 September Awal Muharam/Maal Hijrah
12 Rabiuawal 1440 20 November Maulidur Rasul

Tarikh bertanda (*) akan disytiharkan kelak oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia.

Semoga maklumat yang disampaikan melalui halaman ini berkenaan dengan Tarikh Permulaan Puasa Bulan Ramadhan 2018 bagi Seluruh Umat Islam di Malaysia memberi panduan yang berguna.