Pinjaman Peribadi Bank Rakyat

Pembiayaan Peribadi Bank Rakyat Peribadi-I Sektor Swasta atau Personal Financing-I Private Sector adalah pinjaman peribadi yang ditawarkan oleh Bank Rakyat kepada kakitangan sepenuh masa dalam sektor swasta.

Pinjaman Islamik yang tidak bercagar ini patuh Syariah dengan mengamalkan konsep Tawarruq sepenuhnya. Selain itu, pinjaman ini memberi kemudahan pembiayaan sehingga 10 tahun dengan jumlah pinjaman maksimum mencecah RM150,000.

Umur18 tahun hingga 65 tahun
GajiRM 1,500 sebulan (Tetap)
RM 8,000 Sebulan ( Kontrak)
Jumlah PembiayaanRM 5,000 – RM 150,000
Kadar Faedah5.37% – 7.52% Setahun
Tempoh PembiayaanPermohonan Baru
-5 tahun (gaji kasar RM 2,000 – RM 3,000)
-10 tahun (gaji kasar RM 3,001 ke atas)
Permohonan Berulang
-10 tahun
CagaranTanpa Penjamin
StatusWarganegara Malaysia

Kelebihan Yang Ada Pada Pakej Pembiayaan Peribadi Bank Rakyat Peribadi-I Sektor Swasta

  1. 1.Jumlah pembiayaan maksimum yang ditawarkan adalah sehingga RM150,000 untuk tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun.
  2. Kadar keuntungan serendah 5.37% setahun.
  3. Perlindungan Takaful adalah atas pilihan peminjam sepenuhnya.
  4. Tidak perlu penjamin atau sebarang cagaran.
  5. Mengamalkan konsep Tawarruq di bawah prinsip Syariah Murabahah

Kelayakan Untuk Memohon Pembiayaan

  1. Pemohon hendaklah berstatus warganegara Malaysia yang berumur sekurang-kurangnya 18 tahun hingga 60 tahun semasa tamat tempoh pembiayaan.
  2. Pemohon hendaklah bekerja dalam sektor swasta.
  3. Pemohon hendaklah mempunyai pendapatan kasar minimum sebanyak RM2,000 sebulan untuk pekerja berjawatan tetap, dan RM8,000 sebulan untuk pekerja berjawatan kontrak.
  4. Kategori yang layak memohon pinjaman:
    Sektor Swasta
    Sektor Perkilangan
    Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC)
    Kakitangan Bukan Kerajaan/NGO (Non-Profitable Organization)
    Golongan Profesional seperti doctor, peguam, akauntan, jurutera, arkitek, ahli farmasi, dan Quantity Surveyor (QS).

Yuran dan Pembayaran Pembiayaan

  1. Yuran Pemprosesan: Tidak dikenakan kepada peminjam
  2. Duti Setem: 0.5% daripada jumlah pinjaman seperti yang termaktub dalam Akta Duti Setem 1949 (pindaan 1989).
  3. Yuran Penyelesaian Awa: Pihak Bank akan memberi Rebat untuk jumlah baki tertangguh.
  4. Caj Bayaran Lewat: 1% setahun ke atas jumlah bayaran tertunggak. Caj bayaran lewat akan dikenakan berdasarkan kepada Kadar Semasa Pasaran Wang Antara Bank Islam (IIMM) ke atas baki tertunggak selepasa tempoh pembiayaan.

Dokumen yang diperlukan untuk memohon Pembiayaan

Untuk Permohonan Baru

  1. Salinan Kad Pengenalan
  2. Slip gaji 3 bulan terkini
  3. Penyata Bank 3 bulan terkini (pengkreditan gaji)
  4. Penyata KWSP, dan salah satu daripada dokumen berikut:-
    Surat Pengesahan Majikan
    Borang EA
    Slip Pengesahan Penerimaan e-B oleh LHDN

Untuk Permohonan Berulang

  1. Salinan Kad Pengenalan
  2. Slip gaji 3 bulan terkini
  3. Penyata KWSP, dan salah satu daripada dokumen berikut:
    Surat Pengesahan Majikan
    Borang EA
    Slip Pengesahan Penerimaan e-B oleh LHDN

Faktor-faktor yang mempengaruhi kelayakan Pembiayaan Peribadi-i Sektor Swasta Bank Rakyat

  1. Jenis Pekerjaan:
    Tidak semua bank atau institusi kewangan meluluskan atau menerima permohonan golongan pekerja yang dikategorikan dalam pekerjaan berisiko tinggi. Oleh sebab itu, pemohon dinasihatkan untuk menyemak dahulu dengan pihak bank sama ada jenis pekerjaan pemohon adalah bersesuaian dengan pembiayaan ataupun tidak.
  1. Tempoh Bekerja:
    Sebelum membuat sesuatu permohonan pembiayaan, pemohon dinasihatkan untuk meneliti syarat pembiayaan dan tempoh bekerja pemohon. Lazimnya, pihak bank menerima permohonan yang mana tempoh bekerja adalah sekurang-kurangnya minimum 6 bulan.
  1. Salah Pilih Bank:
    Setiap institusi kewangan mempunyai syarat yang berbeza untuk setiap pinjaman peribadi yang berbeza. Terdapat pinjaman yang bercagar, dan ada juga yang tidak bercagar.

    Ada bank yang menetapkan kelayakan gaji sebanyak RM800, dan ada juga yang menawarkan pembiayaan dengan syarat kelayakan RM2,000. Pemohon hendaklah peka terhadap perkara ini sebelum membuat permohonan.
  1. Disenaraihitam CTOS/AKPK/SAA:
    Permohonan pinjaman peribadi selalunya akan ditolak sekiranya pemohon mempunyai rekod yang kurang baik dalam CTOS/AKPK/SAA. Untuk membuat permohonan pembiayaan dengan Bank Rakyat, pastikan rekod CTOS/AKPK/SAA dan CCRIS pemohon adalah bersih terlebih dahulu.
  1. Skor dan rekod Kredit:
    Skor kredit adalah rekod pembayaran balik pemohon terhadap kesemua pinjaman yang dibuat. Berdasarkan kepada skor kredit ini, pihak bank boleh mengetahui bagaimana cara pemohon itu menguruskan kewangannya. Rekod kredit adalah berbeza dengan skor kredit.

    Rekod kredit yang dimaksudkan adalah rekod pembayaran pinjaman yang dibuat oleh pemohon. Untuk kebarangkalian diluluskan dalam sesuatu permohonan pembiayaan, pemohon hendaklah memastikan rekod kredit sentiasa dalam keadaan yang cantik.
  1. Nisbah Debt Service Ratio (DSR):
    Nisbah ini dikira berdasarkan kepada jumlah kesemua hutang ataupun komitmen bulanan pemohon. Komitmen bulanan adalah seperti pinjaman peribadi, pinjaman perumahan, pinjaman kereta, kad kredit, gadai janji, dan pinjaman-pinjaman lain. 

    Semua pinjaman atau komitmen bulanan ini akan dibahagikan pula dengan pendapatan bersih pemohon. Nilai potongan nisbah pembiayaan hutang adalah berbeza bagi setiap institusi kewangan.
  1. Dokumen Tidak Lengkap:
    Dokumen pemohon merupakan perkara paling penting  untuk mengemukakan sebarang bentuk permohonan dan ianya merupakan penanda aras sama ada pendapatan pemohon adalah kukuh ataupun tidak.Pemohon dinasihatkan untuk melampirkan dokumen yang sah dan lengkap untuk proses kelulusan lebih lancar.
  1. Jumlah Pinjaman Tidak Bersesuaian:
    Jumlah pinjaman yang tidak bersesuaian dengan jumlah pendapatan juga merupakan salah satu faktor yang menyebabkan sesuatu permohonan pembiayaan tidak diluluskan oleh pihak bank.

    Lazimnya, untuk pinjaman peribadi tak bercagar atau tanpa penjamin, jumlah pembiayaan yang diluluskan adalah antara 8 hingga 12 kali ganda daripada pendapatan bulanan pemohon. Misalnya, sekiranya gaji bulanan pemohon adalah RM1,000, maka jumlah pembiayaan yang mungkin diluluskan adalah antara RM8,000 hingga RM12,000 sahaja.

    Oleh sebab itu, sebelum membuat permohonan, pemohon hendaklah mengambil perhatian dengan syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Bank dan seboleh-bolehnya mendapat penerangan jelas daripada pihak Bank Rakyat terlebih dahulu sebelum membuat sebarang permohonan.
  1. Kerap Memohon:
    Jangan terkejut sekiranya pihak Bank tidak meluluskan permohonan akibat terlalu kerap membuat permohonan dalam jangka masa yang berdekatan. Lazminya, pemohon hanya boleh memohon tiga permohonan sahaja dalam tempoh 12 bulan. Dalam masa yang sama, skor kredit juga akan terjejas sekiranya terlalu kerap membuat permohonan dalam satu-satu masa. Sebaik-baiknya, setiap permohonan baharu perlulah dibuat selepas tempoh 6 bulan daripada permohonan sebelumnya.

Soalan Lazim Mengenai Pakej Pembiayaan Peribadi-i Sektor Swasta

  1. Apakah kaedah bayaran balik ansuran pembiayaan ini?
    Pembayaran balik pembiayaan boleh dibuat melalui potongan gaji melalui Biro Perkhidmatan Angksa (BPA), Potongan Gaji Majikan (PGM), Pindahan Gaji Ke Bank Rakyat, dan Pembayaran Secara Elektronik.

  2. Berapakah kadar faedah yang dikenakan oleh Bank Rakyat melalui pembiayaan ini?
    Bagi kakitangan dari Syarikat terpilih kadar faedah yang dikenakan adalah tertakluk kepada penilaian latar belakang kredit oleh pihak bank terlebih dahulu.Kaedah pembayaran Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA), Pindahan Gaji Majikan (PGM), dan Pindahan Gaji Ke Bank Rakyat, kadar faedah adalah seperti berikut:-

    Bagi tempoh pembiayaan antara 1 hingga 3 tahun kadar faedah yang dikenakan adalah sebanyak KA + 5.37%.Bagi tempoh pembiayaan 3 hingga 10 tahun kadar faedah yang dikenakan adalah sebanyak KA + 5.52%.

Kaedah pembayaran secara elektronik pula, kadar faedah adalah seperti berikut:-

  • Bagi tempoh antara 1 hingga 3 tahun, kadar faedah yang dikenakan adalah sebanyak KA + 7.37%.
  • Bagi tempoh antara 3 hingga 10 tahun, kadar faedah yang dikenakan adalah sebanyak KA + 7.52%.

(Kadar Asas (KA) adalah 3.35%. Tambahan kadar faedah sebanyak 1.5% ke atas dasar faedah semasa untuk pembiayaan tanpa takaful.)

3. Berapa lamakah tempoh pemprosesan permohonan dilakukan oleh pihak MBSB Bank?

Tempoh pemprosesan biasanya mengambil masa 1 hingga 7 hari bekerja sebelum kelulusan permohonan.

4. Adakah terdapat deposit keselamatan yang perlu dibayar untuk kelulusan pinjaman?

Deposit keselamatan tidak diperlukan untuk pakej pembiayaan ini

5. Adakah penyatuan hutang dibenarkan untuk pembiayaan ini?

Ya, pemohon boleh membuat penyatuan hutang dengan pembiayaan peribadi-i Sektor Swasta yang ditawarkan oleh Bank Rakyat ini.

6. Bolehkah pemohon memohon pinjaman peribadi-i Sektor Swasta Bank Rakyat jika pemohon baru sahaja lulus pinjaman daripada bank lain?

Pemohon dinasihatkan untuk menunggu tempoh bertenang iaitu antara empat (4) hingga enam (6) bulan sebelum membuat permohonan pembiayaan peribadi ini. Pemohon dinasihatkan untuk memohon hanya 3 akaun kredit sahaja dalam masa 12 bulan untuk menjaga skor kredit

7. Sekiranya pemohon mempunyai rekod CCRIS/CTOS/Rekod Kredit yang tidak baik, adakah permohonan akan dipertimbangkan?

Pemohonan tidak akan dipertimbangkan. Pemohon dinasihatkan agar menyelesaikan bayaran tertunggak terlebih dahulu sebelum melakukan sebarang permohonan. Pemohonan perlu melakukan pembayaran balik mengikut masa yang ditetapkan untuk tempoh tiga bulan sebelum memohon semula pembiayaan peribadi

8. Adakah pemohon yang berada dibawah seliaan Program Pengurusan Kredit (AKPK) boleh memohon pembiayaan ini?

Pemohon yang sedang mengikuti Program AKPK tidak layak untuk memohon.

9. Bagaimana pemohon mengetahui permohonan diluluskan atau tidak?

Pihak Bank Rakyat akan memaklumkan pemohon sekiranya permohonan lulus sama ada melalui SMS, E-mel, atau panggilan telefon

10. Apakah nombor perhubungan yang boleh dihubungi sekiranya pemohon memerlukan bantuan peribadi dan untuk tujukan semakan tunggakan pinjaman?

Pemohon boleh menghubungi talian perkhidmatan pelanggan Bank Rakyat ditalian 1-300-80-5454 atau melalui internet banking  www.irakyat.com.my.

Senarai Cawangan Bank Rakyat Seluruh Malaysia

NegeriCawangan
JohorJohor bahru, batu pahat, kota tinggi, segamat, Taman universiti Skudai,Mersing, Muar, Pontian, Larkin Perdana, Kluang, Masai, Yong Peng, Kulai, Nusajaya, Labis.
KedahAlor Setar, Baling, Gurun, Jitra, Kulim, angkawi, Mergong, Sungai Petani, Kuala Nerang, Pendang.
Kuala LumpurJalan Tangsi, Jalan Ipoh,Bandar Tun Razak, Jalan Pinang, Bangsar Baru, Desa Pandan, Shamelin, Selayang, Setapak, Kepong, Desa Sri Hartamas, Glo Damansara, Utama MKBR.
LabuanCawangan Labuan.
MelakaMelaka, Masjid Tanah, Jasin, Ayer Keroh.
Negeri SembilanSeremban, Bahau, Lukut, Nilai, Senawang, Tampin, Kuala Pilah.
PahangKuantan, Jengka, Muadzam Shah,Temerloh,Jerantut, Raub, Pekan, Bandar Indera Mahkota, Bera, Kuala Lipis, Bentong.
PerakTeluk Intan, Medan Gopeng, Bagan Serai, Taiping, Manjung, Tapah, Kuala Kangsar, Sri Iskandar, Tanjung Malim, Greentown, Grik, Meru Jaya.
PerlisArau, Kangar
Pulau PinangKepala Batas, Seberang jaya, Georgetown, Bukit mertajam, Bayan baru, Jelutong, Jawi.
PutrajayaPresint 15 Putrajaya, Putrajaya.
SabahKeningau, Tawau, Lahad Datu, Kota Kinabalu, Sandakan, Penampang, Likas, Kota Belud, Beaufort, Kota Marudu, Putatan, Semporna.
SarawakSatok,Sibu,Miri, Sri Aman, Bintulu, Sarikei, Kota Samarahan, Mukah, Matang Jau, Kapit, Limbang, Permyjaya, Kota Padawan, Simpang Tiga.
SelangorShah Alam Seksyen 23, Subang Perdana, Kajang, Banting, Bandar Baru Klang, Petaling Jaya, Ampang, Shah Alam, USJ Subang Jaya, Sungai Besar, Melawati, Port Klang, Sungai Buloh, PJ State, Bandar Baru Bangi, Serdang Jaya, Rawang, Cyberjaya, Kelana Jaya, Puchong, Kuala Selangor.
TerengganuKuala Terengganu, Kemaman, Jertih, Gong Badak, Dungun, Kerteh, Marang, Kuala Berang.
KelantanKota Bharu, Machang Pasir Mas, Kubang Kerian, Wakaf Che Yeh, Kuala Krai, Gua Musang, Tanah Merah.