Gambar di atas adalah Laporan terkini Covid-19 pada 19 April 2020
Covid-19 ataupun Coronavirus Disease yang ditemui pada Disember tahun 2019, adalah sejenis virus yang boleh menyebabkan jangkitan saluran pernafasan.
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), terdapat beberapa jenis coronavirus seperti severe acute respiratory syndrome coronavirus (SARS) dan Middle East Respiratory Syndrome-related coronavirus (MER-CoV).
Covid-19 adalah coronavirus terbaru yang ditemui di Wuhan, China pada tahun 2019. Spektrum gejala daripada selesema biasa kepada radang paru-paru (pneumonia) akan terjadi akibat daripada jangkitan Covid-19. Covid-19 pada mulanya dikesan di Wuhan dan seterusnya diiktiraf sebagai pandemic oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac 2020.
Virus ini adalah sejenis virus yang boleh merebak dan berjangkit dengan sangat cepat.
Covid-19 juga berjangkit dengan mudah antara orang yang berada dalam jarak yang rapat, melalui batuk, dan melalui bersin.
Apakah Simptom-simptom Covid-19?
Simptom yang dialami oleh seseorang yang dijangkiti dengan Covid-19 mungkin berbeza di antara satu sama lain. Sebilangan besar individu yang dijangkiti akan mengalami gejala ringan dan sederhana.
Antara gejala atau simptom-simptom yang menjadi gejala biasa yang dialami adalah demam, penat, dan batuk kering.
Walau bagaimanapun, sebilangan individu pula mungkin mengalami simptom yang berlainan daripada gejala biasa seperti sukar bernafas, sakit-sakit badan, hidung tersumbat, hidung berair, sakit tekak, dan cirit-birit.
Gejala ini akan disedari pada hari kelima atau keenam dan memakan masa sehingga 14 hari selepas dijangkiti. Covid-19 berpotensi menyebabkan penyakit yang teruk dan juga kematian terutamanya dalam kalangan warga emas dan juga individu yang mempunyai masalah kesihatan atau sistem imun yang rendah.
Dapatkan bantuan perubatan segera sekiranya:
- Mengalami gejala di atas
- Berhubung rapat dengan pesakit positif
- Pernah pergi ke negara yang mengalami wabak
Walau bagaimanapun, terdapat sebilangan individu yang disahkan positif tetapi tidak menunjukkan sebarang gejala. Namun, pakar-pakar menyifatkan kehilangan selera makan dan deria bau menjadi antara gejala penyakit Covid-19 untuk pesakit yang tidak mempunyai simptom dan gejala seperti yang telah dijelaskan sebelum ini.
Persatuan Otorionlaringologi British, kehilangan selera makan dan deria bau merupakan tanda baharu yang mungkin ditunjukkan oleh pesakit asimtomatik (individu yang tiada demam mahupun batuk).
Oleh itu, sekiranya terdapat gelaja ini, individu yang menghidapinya hendaklah mengasingkan diri bagi mengurangkan penyebaran virus tersebut dan mendapatkan bantuan perubatan dengan secepat yang mungkin.
Bagaimanakah Mencegah Daripada Di jangkiti Covid-19 ?
- Kerap mencuci tangan dengan sabun atau hand sanitizer sekurang-kurangnya 20 saat setiap basuhan
- Pakai penutup mulut dan hidung (mask) apabila terpaksa berhubung/berurusan dengan orang lain
- Jarakkan diri sekurang-kurangnya satu (1) meter daripada orang lain
- Elakkan daripada menyentuh mata, hidung dan mulut dengan tangan yang tidak dicuci
- Elakkan daripada menyentuh haiwan liar, daging dan kendang haiwan
- Elakkan dari mengambil (iaitu memakan atau meminum) sebarang produk haiwan yang mentah/tidak dimasak dengan sempurna seperti telur, susu, daging, dan sebagainya
- Menutup mulut dan hidung ketika bersin dan batuk. Buang tisu ke dalam tong sampah
- Cuci tangan terutamanya selepas batuk/bersin, sebelum dan selepas ke tandas, sebelum makan atau menyediakan makanan
- Elak sentuhan dengan individu yang mempunyai gejala
- Duduk di rumah sekiranya anda sakit
Proses yang Di lalui oleh Individu yang di jangkiti Covid-19
Hari pertama: Mengalami demam, keletihan, sakit sendi atau otot, serta batuk
Hari kelima: Pesakit yang lebih berusia ataupun mempunyai masalah kesihatan kemungkinan besar akan mengalami dyspnea atau kesukaran bernafas. Gejala ini biasanya akan berlaku selepas dua hingga 14 hari setelah mengalami gejala demam, batuk, dan sesak nafas.
Hari ketujuh: Pesakit akan menunjukkan tanda-tanda keletihan pada waktu ini dan seharusnya perhatian perubatan diberikan sekiranya keadaaan berterusan sehingga menyebabkan bibir dan wajah individu dijangkiti kebiruan. Pesakit perlu dimasukkan ke hospital dengan segera.
Hari kelapan: Paru-paru tidak dapat memberikan oksigen yang mencukupi kepada organ-organ penting dalam badan sehingga pada waktu ini pesakit yang mengalami kes-kes teruk akan menunjukkan tanda-tanda sindrom kesukaran pernafasan akut (SARS).
Hari kesepuluh: Pesakit mengalami masalah pernafasan yang lebih teruk dan perlu dimasukkan ke unit penjagaan rapi.
Hari kedua belas: Pada waktu ini demam pesakit akan mulai berkurangan, namun begitu batuk mungkin akan lebih lama.
Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan
Untuk sebarang pertanyaan berkenaan dengan Covid-19, boleh hubungi nombor hotline berikut:
- 03 88810200
- 03 88810600
- 03 88810700
Atau ke alamat e-mel berikut: cprc@moh.gov.my
(Sama-samalah kita menjaga kebersihan dengan kerap mencuci tangan dengan sabun atau hand sanitizer, amalkan penjarakan sosial, dan mengikuti perintah kawalan pergerakan dengan duduk di rumah. Sama-sama kita putuskan rantaian penularan wabak Covid-19.)