Dana Perniagaan Serta Bimbingan Kemahiran Bagi PKS Di Bawah Program RakyatPreneur 2.0

Di Malaysia, terdapat ramai golongan yang berpotensi dalam perniagaan tetapi tidak mengaplikasikan potensi mereka kepada perniagaan kerana kurangnya modal dan kemahiran.

Dengan itu, program RakyatPreneur 2.0 dilaksanakan bagi membantu dalam meringankan beban usahawan yang kurang berkemampuan tetapi berpotensi dalam bidang perniagaan.

Program ini adalah satu projek rintis RakyatPreneur yang telah dijalankan bertujuan untuk menyokong pembangunan perniagaan mikro b40 serta asnaf yang mempunyai potensi dalam perniagaan.

Apa itu program RakyatPreneur 2.0?

Program RakyatPreneur 2.0 adalah selari dengan usaha Medac dalam membantu usahawan B40 yang berpotensi dalam bidang perniagaan.

Program ini juga merupakan inisiatif kewangan sosial bank rakyat yang melaksanakan dana perniagaan serta bimbingan kemahiran kepada PKS yang berkelayakan.

Konsep RakyatPreneur 2.0

Konsep RakyatPreneur 2.0 adalah seperti berikut:

  • Memiliki 200 peserta RAKYAT Preneur.
  • Peserta RAKYAT Preneur akan menerima dana tambahan berdasarkan perniagaan yang mereka jalankan.
  • Peserta RAKYAT Preneur akan menjalani sesi bimbingan serta latihan kemahiran bagi membantu melahirkan peniaga yang berkemahiran.

Kelebihan RakyatPreneur 2.0

Antara kelebihan RakyatPreneur 2.0 adalah :

  • RakyatPreneur 2.0 membantu meningkatkan prestasi perniagaan dengan suntikan dana yang diberikan
  • Mendapat pengetahuan mengenai perniagaan dari pelbagai aspek yang wujud
  • Memberi peluang untuk memohon produk pembiayaan di Bank Rakyat
  • Dapat menyediakan peluang pekerjaan yang lebih luas di pasaran

Syarat kelayakan RakyatPreneur 2.0

kelayakan yang diperlukan bagi RakyatPreneur 2.0 adalah seperti berikut:

  • Pemohon hendaklah beragama Islam
  • Pemohon hendaklah berstatus asnaf yang sah
  • Pemohon hendaklah berumur 18 tahun ke atas
  • Pemohon mestilah telah mempunyai perniagaan sendiri yang telah beroperasi minimum dalam tempoh 6 bulan
  • Pendapatan perniagaan pemohon hendaklah RM1,000 hingga RM8,000
  • Jenis perniagaan dan produk yang diniagakan hendaklah mematuhi Syariah
  • Perniagaan pemohon tidak dibiayai oleh mana-mana institusi kewangan
  • Pemohon tidak mempunyai rekod jenayah

Cara memohon RakyatPreneur 2.0

  • Anda perlu mendapatkan borang penyertaan Program RakyatPreneur 2.0 dimana-mana cawangan Bank Rakyat
  • Isikan borang tersebut dengan lengkap
  • Kembalikan borang yang telah diisikan bersama dengan dokumen seperti:
  • Salinan kad pengenalan
  • Salinan bil utiliti ( air atau eleketrik ) 3 bulan
  • Dokumen perakuan asnaf yang disahkan oleh pusat zakat ataupun Majlis Agama Negeri
  • Gambar produk atau profil perniagaan

Maklumat lanjut

Sebarang persoalan dan untuk maklumat lanjut sila hubungi :

Pusat panggilan Bank Rakyat : 1-300-80-5454

Atau layari,

www.bankrakyat.com.my

Anda juga boleh mengunjungi cawangan Bank Rakyat.

Leave a Comment