Tarikh Terima BPR Fasa 2 Dan Permohonan Rayuan Bagi Status Tidak Lulus BPR fasa 2

BPR adalah salah satu inisiatif kerajaan dalam membantu untuk meringankan beban rakyat di Malaysia. Ditambah lagi dengan keadaan wabak Covid-19 yang menular menyebabkan ramai rakyat Malaysia yang terjejas.

Pastinya keadaan ini memberi impak yang besar kepada golongan yang berpendapatan rendah.

Pemberian BPR dibuat melalui tiga fasa,sebelum ini, pemberian BPR fasa pertama telah diagihkan dan dikreditkan terus ke akaun penerima yang layak pada 24 Februari 2021 yang lalu.

Seterusnya, pemberian fasa kedua BPR bagi yang berkelayakan akan dikreditkan bermula dari 7 Mei 2021.

Apa yang anda perlu tahu?

Untuk pengetahuan anda, BPR fasa kedua adalah berbeza dengan fasa pertama.

Dimana, tidak semua penerima BPR fasa pertama akan menerima baki bayaran BPR fasa kedua.

Hal ini kerana, kelayakan BPR fasa kedua adalah berdasarkan permohonan BPR berstatus lulus dan semakan verifikasi kelayakan bagi permohonan BPR 2021.

Semakan verifikasi ini akan dibuat selepas tarikh tutup pendaftaran BPR 2021.

Tarikh bayaran BPR fasa 2

Bayaran BPR fasa kedua akan dilakukan bermula 7 Mei 2021

Cara semak kelayakan

Bagi menyemak status permohonan anda, anda boleh mengikuti langkah yang berikut :

  1. Layari laman sesawang :

https://bpr.hasil.gov.my.

  • Login dan masukkan kata laluan anda
  • Semak status permohonan anda

Syarat Kelayakan BPR

syarat kelayakan bagi kategori isi rumah adalah seperti berikut:
  • Pemohon merupakan warganegara Malaysia
  • Pemohon merupakan ketua keluarga dan mempunyai pendapatan di bawah RM5,000 sebulan seisi rumah
  • Pasangan pemohon hendaklah mempunyai kad pengenalan yang sah sama ada warganegara ataupun bukan warganegara
  • Memiliki anak termasuk anak tidak sah taraf (anak angkat)
  • Anak pemohon hendaklah berumur 17 tahun dan kebawah
  • Anak pemohon berumur 18 tahun ke atas tapi sedang melanjutkan pelajaran

syarat kelayakan bagi kategori bujang adalah seperti berikut:

  • pemohon merupakan warganegara Malaysia
  • Pemohon mempunyai pendapatan kasar RM2,500 dan ke bawah sebulan
  • Pemohon hendaklah berumur 21 tahun pada tarikh permohonan

Apakah yang tidak melayakkan anda menerima BPR fasa 2

Antara sebab yang tidak melayakkan anda untuk menerima BPR fasa kedua adalah:

  1. Maklumat pengenalan pasangan anda tidak mempunyai pengesahan
  2. Anda adalah berdaftar sebagai pemegang saham, pengarah syarikat atau perkongsian liabiliti terhad.
  3. Anda atau pasangan anda adalah penerima GKP
  4. Status perkahwinan yang tidak disahkan
  5. Pendapatan anda adalah melebihi dari kelayakan yang ditetapkan.

Rayuan

Jika anda tidak lulus bagi permohonan BPR fasa kedua anda juga boleh membuat rayuan bermula 15 Jun 2021 hingga 30 Jun 2021.

Berikut adalah langkah untuk membuat permohonan rayuan BPR fasa 2:

  1. Layari laman sesawang :

https://bpr.hasil.gov.my.

  • Klik pada rayuan
  • Masukkan nombor kad pengenalan anda
  • Masukkan maklumat yang diperlukan pada borang rayuan yang disediakan
  • Untuk membuat rayuan, pastikan anda mengemukakan dokumen sokongan sebagai bukti atau tindakan terhadap alasan tidak lulus BPR fasa kedua

Bagaimana BPR fasa kedua dikreditkan?

Bayaran BPR fasa kedua akan dikreditkan terus ke akaun anda yang telah anda daftarkan semasa memohon bermula 7 Mei 2021.

Bagi yang pemohon yang berkelayakan dan tidak mendaftarkan maklumat akaun semasa permohonan, anda boleh menerima BPR fasa 2 secara tunai dimana-mana cawangan BSN yang berhampiran anda.

Maklumat lanjut

Sebarang persoalan dan maklumat lanjut sila hubungi:

Hotline BPR LHDNM : 1-800-88-2747

Alamat e-mel : bpr@treasury.gov.my

Atau layari,

https://bpr.hasil.gov.my

Leave a Comment