Pelaburan Amanah Saham Bumiputera (ASB) kini menjadi lebih mudah dengan adanya proses penambahbaikan sistem operasi yang telah dilaksanakan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) yang bermula pada 28 Jun 2017.
22 Disember 2017 bersamaan hari Jumaat merupakan tarikh pengumuman bagi Jumlah Kadar Pengagihan Dividen dan Bonus Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Nasional (ASN) kepada pemegang unit. Kadar Pengagihan pendapatan adalah bergantung sepenuhnya kepada prestasi semasa.
Jadual berikut merupakan jumlah kadar pendapatan dividen dan bonus Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Nasional (ASN) bagi tahun berakhir 31 Disember 2017 dan tahun-tahun sebelumnya. Dividen dan bonus ASB dan ASN diagihkan ke dalam akaun pemegang unit pada 2 Januari 2018. Manakala, Bonus Khas Ulang Tahun dikreditkan pada 1 Mac 2018. Justeru, jumlah pengagihan sebanyak RM10.7 billion akan dimanfaatkan oleh 9.1 juta pemegang unit ASB yang memiliki lebih 145.6 billion unit.
Dividen dan Bonus Amanah Saham Bumiputera ASB
Tahun | Dividen | Bonus |
2017 | 8.25 | 1.00 |
2016 | 6.75 | 0.50 |
2015 | 7.25 | 0.50 |
2014 | 7.50 | 1.00 |
2013 | 7.70 | 1.00 |
2012 | 7.75 | 1.15 |
2011 | 7.65 | 1.15 |
2010 | 7.50 | 1.25 |
2009 | 7.30 | 1.25 |
2008 | 7.00 | 1.75 |
2007 | 8.00 | 1.00 |
2006 | 7.30 | 1.25 |
2005 | 7.25 | 1.75 |
2004 | 7.25 | 2.00 |
2003 | 7.25 | 2.00 |
2002 | 7.00 | 2.00 |
2001 | 7.00 | 3.00 |
2000 | 9.75 | 2.00 |
Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad, mengumumkan agihan pendapatan ASB sebanyak 7.00 sen seunit dan bonus 0.25 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017.
Pendapatan Amanah Saham Nasional (ASN)
Tahun | Pendapatan |
2017 | 3.65 |
2016 | 5.00 |
2015 | 6.10 |
2014 | 6.45 |
Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad, Tan Sri Abdul Wahid Omar mengumumkan agihan pendapatan ASB sebanyak 3.65 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017.
Tempoh Penangguhan Urus Niaga Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Nasional (ASN)
Tempoh penangguhan urus niaga adalah bermula 20 Disember 2017 sehingga 1 Januari 2018. Tujuan penangguhan urus niaga adalah untuk tujuan pengiraan pendapatan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017.
Semoga setiap maklumat yang dipaparkan dalam halaman ini berkaitan dengan Bonus ASB, ASN dan Jumlah Pendapatan Dividen bagi tahun 2017 memberi manfaat kepada kita semua.