Permohonan Skim Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) Secara Atas Talian

Skim Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) merupakan inisiatif kerajaan bagi menyediakan rumah mampu milik kepada penjawat awam dengan melibatkan rumah kediaman di Putrajaya. Nilai rumah mampu milik yang dibangunkan adalah di antara RM90,000 hingga RM300,000 sebuah dengan keluasan antara 850 dan 1,500 kaki persegi (79 dan 139 meter persegi).

Permohonan bagi skim ini adalah terbuka kepada semua anggota perkhidmatan awam dan badan berkanun persekutuan serta keutamaan kepada individu yang bekerja di Putrajaya. Skim ini dibina khasnya di bandar-bandar utama di seluruh Malaysia dengan permintaan yang tinggi dalam kalangan penjawat awam.

Maklumat Pendaftaran

  • Permohonan boleh dikemukakan secara atas talian.
  • Tidak ada tarikh tutup bagi permohonan PPA1M. Penjawat awam boleh memohon pada bila-bila masa sahaja.
  • Tawaran adalah terhad sedang menanti penjawat awam dengan unit rumah PPA1M Putrajaya.
  • Maklumat lanjut berkenaan dengan persoalan yang sering ditanya berkenaan dengan PPA1M, sila rujuk pautan berikut:

Klik pautan: https://www.ppa1m.gov.my/application/questions

Langkah-Langkah Permohonan PPA1M

  • Pemohon dikehendaki mendaftar terlebih dahulu sebelum dapat mengakses borang permohonan ke dalam sistem aplikasi permohonan secara atas talian.
  • Pemohon boleh mendaftar akaun pemohon di pautan berikut secara terus:

Sila klik pautan:   https://www.ppa1m.gov.my/application/form

  • Kata nama dan kata laluan akan dihantar ke email pemohon setelah berjaya mendaftar. Setelah kata laluan dan kata nama diperolehi daripada email yang dihantar maka pemohon boleh mengakses borang permohonan PPA1M.
  • Untuk akses yang lebih cepat, pemohon boleh mengikuti pautan ini:

Sila klik pautan: https://apps.ppa1m.gov.my/login

  • Sila log masuk dengan menggunakan kata nama dan kata laluan yang telah dihantar melalui email.

Syarat Kelayakan Permohonan PPA1M

  • Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM10,000 dan bekerja berhampiran dengan lokasi rumah yang dibina akan diberi keutamaan.
  • Pemohon yang belum pernah memiliki rumah akan diberi keutamaan.
  • Pesara dan pekerja kontrak layak untuk memohon.
  • Setiap isi rumah hendaklah mengemukakan satu permohonan sahaja.
  • Rumah yang dibeli tidak boleh dipindah milik atau dijual dalam tempoh 10 tahun dari tarikh pembelian rumah.
  • Permohonan sentiasa dibuka dan tidak ada tarikh tutup permohonan setakat ini. Tempoh sah adalah selama 2 tahun sahaja.

Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan dengan syarat-syarat permohonan PPA1M, sila klik pautan berikut:

Sila klik pautan: https://www.ppa1m.gov.my/application/condition

Semoga setiap maklumat yang dipaparkan dalam halaman ini memberi manfaat yang berguna kepada semua.