Kesan tabiat merokok amat berbahaya kepada seseorang yang telah ketagih dengannya. Sabah hari mahupun tahun, peningkatan jumlah perokok di Malaysia semakin membimbangkan. Masyarakt secara umumnya mengetahui bahawa tabiat merokok sangat merbahaya, namun seakan-akan ianya tidak diambil kisah apalagi kepada perokok tegar. Sememangnya diakui bahawa, tabiat merokok sangat sukar untuk dihentikan walaupun usaha untuk berhenti itu ada dalam kalangan segelintir perokok tegar.
Walaupun tabiat merokok sangat sukar dihentikan, namun dengan bantuan orang terdekat seperti teman-teman, keluarga, dan doktor, tidak mustahil tabiat buruk ini dapat dihentikan. Bantuan orang dekat disekeliling pastinya akan memudahkan lagi hasrat untuk berhenti merokok.
Pelbagai kaedah dan cara yang boleh diambil untuk berhenti daripada merokok. Salah satu daipadanya adalah melalui pemakanan yang diambil oleh si perokok. Antara makanan yang boleh diamalkan untuk berhenti merokok adalah seperti berikut:
MADU
- Madu memiliki antioksidan yang sememangnya membantu menghilangkan racun dalam darah. Madu yang dimakan secara bertahap akan akan melepaskan glukosa ke aliran darah.
MAKANAN MASIN
- Makanan yang masin akan menghinagkan keinginan untuk sentiasa merokok.
HALIA DAN BAWANG PUTIH
- Halia yang berasa ‘panas’ dan bawang putih akan membantu melepaskan racun yang berpunca daripada tabiat merokok. Halia dan bawang putih juga membantu pengaliran darah dan menyeimbangkan tekanan darah.
KAYU MANIS
- Kayu manis mampu menenangkan otak dan saraf. Menghirup atau menghidu aroma kayu manis membantu seseorang merasa tenang berbanding dengan asap rokok yang disedut.
SUSU
- Amalan merokok menyebabkan bibir menjadi hitam dan gelap. Amalan pemakanan susu akan menyebabkan rokok akan menjadi pahit sekiranya kerap meminum susu. Oleh itu, sekiranya ingin berhenti daripada tabiat merokok, amalan meminum susu hendaklah menjadi keutamaan.
EPAL
- Pemakanan epal dapat melawan racun dalam badan yang disebabkan oleh rokok. Epal mengandungi air dan ‘pektin’ yang banyak yang sememangnya membantu mengeluarkan racun yang ada di dalam tubuh badan.
Keinginan untuk berhenti merokok selalunya akan gagal pada percubaan pertama. Walau bagaimanapun, perokok tegar sekalipun yang benar-benar ingin berhenti dapat menghilangkan tabiat ini. Motivasi diri juga sangat penting untuk berhenti merokok. Jangan putus asa sekiranya gagal pada percubaan pertama, gagal sekali bukan bererti akan gagal selamanya.
Utamakan kesihatan diri dan orang di sekeliling kita dengan berhenti merokok sekarang.
Semoga maklumat yang dikongasikan ini akan memberi manfaat yang bermakna kepada semua.