Bayaran Denda Kehilangan Kad Pengenalan dan Larangan Membuat Laporan Palsu

Kehilangan Kad Pengenalan (MyKad) seringkali terjadi akibat kecuaian atau alasan-alasan lain. Walau bagaimanapun, laporan palsu mengenai kehilangan Kad Pengenalan adalah dilarang sama sekali semasa membuat permohonan gentian hilang Kad Pengenalan. Laporan palsu yang sering kali diterima semasa laporan kehilangan antaranya mangsa mendakwa menjadi mangsa dalam kejadian kes jenayah seperti kecurian atau diragut. Individu-individu yang tidak bertanggungjawab lazimnya menggunakan alasan ini bagi mengelakkan diri daripada dikenakan denda oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

DILARANG MEMBUAT LAPORAN PALSU TENTANG KEHILANGAN KAD PENGENALAN (MYKAD)

  • Individu yang didapati membuat laporan palsu semasa membuat laporan polis berkenaan dengan kehilangan MyKad, individu tersebut akan didakwa mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara enam bulan atau denda RM2,000 atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan.
  • Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan membuat siasatan lebih lanjut berkenaan dengan laporan yang diberikan oleh orang awam apalagi jika melibatkan kes jenayah yang mengancam keselamatan dan nyawa seseorang.
  • Setiap butiran fakta semasa membuat laporan akan diteliti sama ada laporan tersebut menimbulkan keraguan atau kecurigaan terhadap laporan tersebut.
  • Oleh itu, laporan palsu atau laporan yang direka semata-mata adalah dilarang keras kerana tindakan yang salah ini hanya akan menyusahkan diri sendiri.

Bayaran Bagi Permohonan Gantian Kad Pengenalan yang Hilang

Maklumat dan garis panduan berkenaan dengan bayaran gentian MyKad yang hilang

  • Kadar bayaran denda dikenakan kepada setiap individu warganegara Malaysia yang kehilangan MyKad disebabkann oleh kecuaian sendiri. Kadar bayaran denda ini telah ditetapkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
  • Bayaran denda kehilangan kali pertama adalah RM100. Untuk bayaran denda kali kedua pula, JPN menetapkan kadar bayaran sebanyak RM300 dan ditingkatkan lagi kepada RM1000 sekiranya kehilangan kali ketiga. Kadar bayaran yang dikenakan tersebut tidak termasuk bayaran permohonan gentian MyKad.
  • Setiap permohonan dikenakan caj sebanyak RM10.
  • Pengecualian bayaran denda kepada orang kurang upaya, fakir miskin, warga emas yang berusia 60 tahun ke atas, mangsa bencana, kes jenayah dan remaja yang berusia 18 tahun kebawah.
  • Maklumat lajut sila layari pautan berikut:

Prosedur Permohonan Gantian MyKad yang Hilang

Ringkasan Garis Panduan

  • Bagi kehilangan kali pertama, permohonan gentian MyKad boleh dibuat terus ke kaunter Jabatan Pendaftaran Negara.
  • Bagi kehilangan kali kedua, pemohon haruslah membuat laporan polis terlebih dahulu sebelum membuat permohonan di kaunter Jabatan Pendaftaran Negara.
  • Bagi kehilangan kali ketiga, laporan polis yang dibuat akan disiasat secara terperinci terlebih dahulu sebelum MyKad gentian dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara.
  • Dokumen Pengenalan Sementara Kad Pengenalan gantian akan dikeluarkan sebelum Kad Pengenalan yang sebenar dikeluarkan.