Tarikh Pembayaran Gaji Kakitangan Awam 2017

Tarikh pembayaran gaji bagi kakitangan awam boleh disemak berdasarkan kepada jadual di bawah. Tarikh pembayaran yang disusun berdasarkan jadual ini adalah khusus untuk semakan penjawat awam  semua Kementerian atau Jabatan Persekutuan di seluruh Malaysia. Tarikh pembayaran yang disenaraikan ini adalah hasil rujukan daripada surat pekeliling yang dikeluarkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) untuk Tarikh dan Jadual Pembayaran Gaji yang terkini. Tarikh dan Jadual Pembayaran Gaji yang dikeluarkan ini telah membantu Kakitangan Awam dalam merancang dan menguruskan perbelanjaan dengan lebih teratur.

Bulan Tarikh Pembayaran Gaji Hari
Januari 19.01.2017 Khamis
 Februari  23.02.2017  Khamis
 March  23.02.2017  Khamis
April  25.04.2017  Selasa
Mei 25.05.2017  Khamis
Jun  15.06.2017
*Hari Raya Puasa (Aidilfitri) 25 dan 26 Jun
 Khamis
Julai 25.07.2017 Selasa
Ogos 24.08.2017 Khamis
September 25.09.2017 Isnin
Oktober 11.10.2017

*Hari Deepavali 18 Oktober

Rabu
November 23.11.2017 Khamis
DIsember 21.12.2017 Khamis
Maklumat Pembayaran Gaji Kakitangan Awam 2017

  • Pembayaran gaji sekali sahaja dalam sebulan kepada kakitangan Sektor Awam.
  • Jika terdapat sebarang perubahan kepada tarikh pembayaran gaji kakitangan Sektor Awam, jadual tarikh pembayaran gaji akan dikemaskini dengan segera. Walau bagaimanapun, tarikh pembayaran gaji adalah tertakluk kepada pindaan semasa daripada Jabatan Akauntan Negara Malaysia (ANM).
  • Jadual tarikh pembayaran gaji Kakitangan Awam seperti yang dipaparkan dalam jadual diatas adalah merangkumi gaji semua penjawat awam di seluruh negeri di Malaysia.

Semoga setiap maklumat yang dinyatakan dalam halaman ini memberi panduan yang berguna kepada penjawat awam.