Kecanggihan teknologi masakini memberi kemudahan yang pelbagai kepada seluruh Masyarakat Malaysia termasuk semakan secara atas talian berkenaan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Automated Enforcement System (AES), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Status Bankrap dan sebagainya.
Kerajaan telah menyediakan beberapa platform secara dalam talian khusus untuk menyemak sebarang saman. Platform yang boleh digunakan sebagai medium semakan adalah seperti MyEG dan RILEK.
CARA UNTUK MENYEMAK SAMAN
- Semakan menggunakan Short Message System (SMS) atau Sistem Pesanan Ringkas
Ikuti langkah berikut untuk semakan saman menggunakan sistem pesanan ringkas (SMS):-
- Taip: JPJ <jarak> SAMAN <jarak> NO. KAD PENGENALAN, atau
- Taip: JPJ <jarak> SAMAN <jarak> NO. KENDERAAN, dan
- Hantar ke 15888.
- Semakan saman JPJ juga boleh dibuat melalui portal rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan
Ikuti langkah berikut untuk semakan melalui portal rasmi JPJ:-
- Layari pautan berikut untuk semakan: Semakan Saman JPJ
- Pilih pautan “Semakan Saman”
- Pilih Kategori No. ID dan gunakan No. ID atau No. Kenderaan untuk membuat semakan
- Kemudian klik pada “Butang Semak”
CARA UNTUK MENYEMAK SAMAN AES
Semakan boleh dibuat menerusi perkhidmatan MyEG atau menerusi RILEK
- Semakan saman AES menggunakan perkhidmatan MyEG
Selain semakan untuk AES, perkhidmatan MyEG juga boleh digunakan untuk perkhidmatan semakan saman JPJ, PDRM, dan sebagainya.
MyEG akan menghantar maklumat ke email anda sekiranya terdapat sebarang saman baru.
- Untuk menggunakan perkhidmatan MyEG, pengguna hendaklah berdaftar terlebih dahulu menerusi laman sesawang MyEG.
Klik pada pautan untuk mendaftar: Daftar MyEG
- Setalah selesai pendaftaran, log masuk ke dalam sistem MyEG menggunakan Nama dan Kata Laluan.
- Pilih bahagian menu utama, klik butang “eServices” dan pilih sama ada ingin menyemak “JPJ” atau “PDRM”.
- Kemudian anda akan dibawa ke paparan untuk pembayaran saman.
- Semakan saman AES menerusi perkhidmatan RILEK
Perkhidmatan RILEK yang diwujudkan hanya boleh digunakan untuk menyemak saman PDRM sahaja.
- Untuk menggunakan perkhidmatan RILEK, pengguna hendaklah berdaftar terlebih dahulu menerusi laman sesawang RILEK.
Klik pada pautan untuk mendaftar: Daftar RILEK
- Setalah selesai pendaftaran, log masuk ke dalam sistem RILEK menggunakan Nama dan Kata Laluan.
- Pada bahagan menu utama, klik butang “Search by” dan pilih “Kaedah Semakan”.
- Sila masukkan semua maklumat yang diperlukan, kemudian klik butang “Next”.