Semakan Keputusan ini adalah semakan keputusan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) ambilan 2017 untuk memasuki Institut Pendidikan Guru (Maktab Perguruan). Program ambilan ini adalah khusus untuk pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2016.
Keputusan Permohonan PISMP ke IPG adalah secara berperingkat dan boleh disemak melalui pautan yang tertera dibawah.
Semakan untuk Panggilan Menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG)
- Semakan panggilan menduduki UKCG boleh dibuat mulai 4 April 2017 jam 6.00 petang sehingga 14 April 2017.
- Calon yang layak untuk menduduki UKCG hendaklah membawa bersama borang panggilan UKCG semasa ujian.
- Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) terdiri daripada sesi iaitu:
Sesi Ujian Bertulis
Sesi Ujian Kecerdasan Fizikal
Sesi Ujian Amali - Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) akan diadakan pada 9 April 2017 hingga 21 April 2017
Semakan untuk Panggilan Sesi Temuduga Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) 2017
- Semakan panggilan sesi temuduga boleh dibuat mulai 9 Mei 2017 hingga 22 Mei 2017.
- Calon yang dipanggil menghadiri sesi temuduga hendaklah membawa cetakan surat Panggilan Temuduga, Borang Butiran Diri, Sijil Akademik dan Sijil Kokurikulum.
Semakan Keputusan Kemasukan ke Institut Pendidikan Guru (IPG) 2017
- Semakan keputusan kemasukan ke IPG boleh dibuat mulai 23 Jun 2017 bermula jam 3.00 petang, hingga 10 Julai 2017.
- Calon yang berjaya hendaklah mencetak surat tawaran sementara dan dibawa semasa lapor diri di IPG. Surat Tawaran Rasmi akan diperolehi selepas pendaftaran
- Tarikh lapor diri bagi calon yang layak adalah pada 10 Julai 2017.
Semakan panggilan menduduki UKCG, panggilan temuduga, dan semakan keputusan kemasukan ke IPG boleh disemak melalui pautan berikut:
Atau pemohon boleh melayari halaman utama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mendapatkan maklumat lanjut dan terkini melalui laman web berikut:
www.moe.gov.my
Semoga maklumat yang disampaikan berkenaan dengan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan ambilan 2017 dalam halaman ini berguna kepada pelajar yang telah memohon program ini. Semoga hasrat untuk menjadi guru tercapai.