Data peperiksaan dalaman bagi setiap sekolah di seluruh Malaysia disimpan, dikumpul dan dianalisis berdasarkan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS). Sistem ini disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang turut memudahkan ibubapa menyemak keputusan peperiksaan terkini anak jagaan mereka.
Melalui Portal Semakan Ibubapa dalam Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah, ibubapa boleh memantau prestasi dan perkembangan anak mereka serta dapat memuat turun keputusan peperiksaan anak mereka dengan pantas dan mudah.
[su_box title=”Cara semakan melalui Portal Aplikasi Semakan Ibubapa:” style=”glass” radius=”2″]Cara semakan melalui Portal Aplikasi Semakan Ibubapa: Ibubapa perlu mengikuti beberapa langkah mudah untuk menyemak keputusan peperiksaan pelajar melalui pautan berikut: https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php
atau melalui Halaman Utama Portal SAPS seperti berikut:
https://sapsnkra.moe.gov.my/access-denied.php [/su_box]
Cara semakan melalui Portal Aplikasi Semakan Ibubapa:
Ibubapa perlu mengikuti beberapa langkah mudah untuk menyemak keputusan peperiksaan pelajar melalui pautan berikut:
https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php
atau melalui Halaman Utama Portal SAPS seperti berikut:
https://sapsnkra.moe.gov.my/access-denied.php
Setelah melayari portal semakan menerusi pautan tersebut, ibubapa perlu memasukkan beberapa butiran peribadi anak jagaan seperti dibawah:
- Lengkapkan ruangan Nombor Sijil Lahir atau Kad Pengenalan pelajar
- Tandakan pilihan sekolah sama ada Sekolah Menengah atau Sekolah Rendah
- Memasukkan kod pengesahan
- Klik ‘Butang Semak’
- Buat pilihan ‘Jenis Peperiksaan’ dan mendapatkan analisis keputusan melalui butang ‘Papar Slip Keputusan’
Takwin Kemasukan Markah Peperiksaan Pelajar bagi Tahun 2017
Peperiksaan | Tahun/Tingkatan | Tarikh Mula | Tarikh Akhir |
Peperiksaan Pertengahan Tahun | Tahun 6
Tingkatan 5 |
18 Mei 2017 | 16 Jun 2017 |
Peperiksaan Percubaan | Tahun 5 | 20 Julai 2017 | 18 Ogos 2017 |
Tingkatan 5 | 14 September 2017 | 6 Oktober 2017 | |
Peperiksaan Akhir Tahun | Tahun 5
Tingkatan 5 |
2 November 2017 | 24 November 2017 |
- Tarikh ini juga boleh digunapakai bagi Darjah 1 hingga 5, dan Tingkatan 1,2, dan 4 untuk kegunaan sekolah masing-masing.
- Jadual ini membantu ibubapa menyemak keputusan peperiksaan anak jagaan mereka dengan merujuk kepada tarikh kemasukan markah seperti yang tertera di atas.
Info Penting untuk Ibubapa:
- Ibubapa hendaklah mempunyai perisian Adobe Reader kerana setiap laporan slip keputusan pelajar dipaparkan dalam perisian Adobe Reader.
- Sekiranya sistem SAPS tidak dapat mengakses Nombor Sijil Lahir atau Nombor Kad Pengenalan pelajar, sila hubungi guru kelas pelajar tersebut sebagai makluman dan tindakan selanjutnya.
- Guru Kelas akan mengemaskini data pelajar melalui pautan Sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) kemudian melaporkan perkara tersebut kepada Setiausaha Peperiksaan Sekolah (SUP).
- Keputusan peperiksaan seperti UPSR, PT3, dan SPM tidak dapat disemak melalui aplikasi ini.
- Sistem SAPS hanya menyediakan semakan bagi Darjah 1 hingga Darjah 6 untuk Sekolah Rendah, dan semakan bagi Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 untuk Sekolah menengah.
- Sistem SAPS turut menyediakan semakan bagi rekod peperiksaan bagi tahun-tahun sebelumnya.
Semoga cara semakan dan maklumat yang dikemukakan dalam halaman ini memudahkan ibubapa dalam membuat semakan keputusan slip keputusan anak jagaan mereka.