Semakan keputusan permohonan dan status permohonan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) kini boleh disemak secara atas talian sama ada permohonan berjaya atau tidak. Proses verifikasi daripada beberapa agensi yang terlibat berkenaan dengan permohonan akan mengambil sedikit masa.
Semakan status dan kemaskini permohonan boleh dibuat mulai 22 Februari 2017.
Kementerian Kewangan Malaysia telah menetapkan beberapa agensi yang terlibat dalam proses verifikasi untuk menyemak permohonan pemohon.
Agensi-agensi yang terlibat dalam proses verifikasi |
|
Semakan Status Permohonan BR1M 2017 |
Sila klik pautan berikut untuk proses semakan BR1M 2017:
Sistem Aplikasi Semakan Status Kelulusan Permohonan BR1M 2017 Sila masukkan Nombor Kad Pengenalan di ruangan yang disediakan Klik pada butang ‘Semakan Status Permohonan’ Beberapa soalan keselamatan perlu dijawab terlebih dahulu sebelum berjaya masuk ke dalam sistem sepenuhnya. |
Soalan Keselamatan |
|
INFO PENTING : Jika Semakan Secara Dalam Talian Gagal. Sila Rujuk ke Cawangan LHDNM yang berdekatan. |
Info Penerangan Status Semakan Permohonan
Status | Penerangan |
Diterima | Permohonan Anda Telah Berjaya Didaftar |
Dalam Proses | Permohonan Anda Dalam Proses Semakan dan Verifikasi Kelayakan |
Ditangguhkan | Pemohon Perlu Membuat Kemas Kini Maklumat Permohonan |
Lulus | Permohonan Telah Diluluskan/Berjaya |
Tidak Lulus | Permohonan Tidak Diluluskan/Tidak Berjaya |
Status Kredit Tidak berjaya | Surat maklum Gagal Kredit akan dipos kepada pemohon dan perlu membawa surat tersebut bersama Kad Pengenalan Asal untuk Penunaian di Bank Simpanan Nasional (BSN) sahaja |
Maklumat Lanjut |
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) : 1800-88-2716 Kementerian Kewangan : 03-8882 4565/4566 Emel : br1m@treasury.gov.my Semoga maklumat yang disampaikan melalui halaman ini memberi sedikit sebanyak panduan terutama sekali kepada pemohon Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) 2017. |