Tarikh Sebenar Bayaran BPR 2021 ( Bantuan Prihatin Rakyat)

Bantuan prihatin rakyat ataupun BPR adalah bantuan yang diberikan kepada rakyat Malaysia yang bekelayakan bagi meringankan beban rakyat.

Walaubagaimanapun, seperti yang diketahui, pembayaran BPR akan dilakukan secara berperingkat dan berkelompok.

Pemohon BPR sedia ada ataupun baru dikehendaki untuk mengisi/ kemas kini borang permohonan BPR, bagi tujuan penyemakan yang dijalankan oleh beberapa egensi yang ditetapkan oleh Menteri kewangan.

Cara pembayaran BPR

cara pembayaran BPR akan dibuat mengikut fasa, fasa pertama akan dibuat pada hujung Februari 2021 dan tarikh fasa kedua akan dikemaskini setelah diumumkan.

Pembayaran BPR akan dilaksanakan dengan dikreditkan terus ke akaun permohonan yang diluluskan. ( bagi yang mempunyai akaun bank yang aktif)

Bagi permohonan yang tidak mempunyai akaun bank atau pun akaun bank tidak aktif boleh menerima BPR secara tunai di mana-mana cawangan BSN yang berdekatan anda.

Tarikh sebenar bayaran BPR 2021 ( bantuan prihatin rakyat )

Berikut dikongsikan tarikh sebenar bayaran BPR tahun 2021 mengikut kategori:

Kategori isi rumah berpendapatan bawah RM2,500

  • 1 orang anak : RM1,200
  • 2 orang anak dan keatas : RM 1,800

Pengkreditan BPR dilakukan pada Tarikh:

  • Fasa 1 : 24 hingga 26 Februari 2021 secara berperingkat (mempunyai akaun bank) 

              RM300 pada 25 Februari 2021 ( bagi yang tidak mempunyai akaun bank)

  • Fasa 2: Dijangkakan awal bulan Mei 2021
  • Fasa 3: September 2021

Kategori isi rumah berpendapatan bawah antara RM2,501 hingga RM4,000

Jumlah keseluruhan

  • 1 orang anak : RM800
  • 2 atau lebih orang anak : RM1,200

Pengkreditan BPR dilakukan pada:

  • Fasa 1: 24 hingga 26 februari secara berperingkat

              Rm300 (tiada akaun) 25 februari 2021

  • Fasa 2 : dijangkakan awal bulan Mei 2021
  • Fasa 3 : September 2021

Kategori individu bujang ( 21 tahun keatas) berpendapatan RM2,500 ke bawah

Jumlah bantuan keseluruhan : RM350

Pengkreditan BPR bagi kategori bujang adalah pada Tarikh:

  • Fasa 1: 24 hingga 26 februari 2021 secara berperingkat

             RM150 (tiada akaun) 25 februari 2021

  • Fasa 2 : Dijangkakan awal bulan Mei 2021
  • Fasa 3 : Semptember 2021

Penerima boleh melayari portal rasmi Bantuan Prihatin Rakyat bagi menjelaskan lagi kekeliruan berkaitan BPR

MAKLUMAT LANJUT

Jika terdapat sebarang persoalan penerima boleh menghubungi:

  • Hotline BPR LHDM : 1-800-88-2747
  • Hotline BPR MoF : 03-8882 4565/03-8882 4566
  • Emel : bpr@treasury.gov.my
  • Soalan lazim : FAQ Bayaran Fasa Pertama

Leave a Comment