Kosmetik diharamkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia kerana mempunyai bahan terlarang dan beracun. Agensi Regulatori Farmasi Negara (NPRA) merupakan agensi yang telah mengeluarkan senarai kosmetik yang beracun ini. Agensi ini bertanggungjawab menyelia pendaftaran ubat-ubatan dan notifikasi kosmetik. Oleh itu, sekiranya sesebuah kosmetik mengadungi bahan terlarang maka notifikasinya akan dibatalkan oleh agensi ini.
Pengguna dilarang untuk membeli produk kecantikan ini disebabkan ianya mengandungi bahan kimia yang terlarang dan menyebabkan kesan advers yang sangat serius. Racun berjadual yang terkandung dalam produk kosmetik tersebut antaranya Merkuri, Tretinoin, Hyrdoquoine dan Asid Azelaik. Penjualan, pengilangan, dan pengedaran produk kosmetik ini kini dilarang di Malaysia.
Senarai Kosmetik Tahun 2018 Yang Diharamkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
Bil | Nama Produk Kosmetik | Nombor Notifikasi | Racun Berjadual | Pemegang Notifikasi |
1 | Moleek Day Cream | NOT150505422K | Merkuri | DZ Reenz Enterprise |
2 | Adel Miracle Flawless Serum | NOT150805326K | Merkuri | Syahmi Empire Recources |
3 | Ah Beauty Night Cream | NOT150702606K | Merkuri | Ilana Consultancy |
4 | Ndz UV Whitening | NOT131204050K | Hydroquinone | Perniagaan Cahaya Hayati |
5 | Snow Cream Normal | NOT151106109K | Hydroquinone dan Tretinoin | Onew Cosmetics |
6 | Snow Cream Sensitif | NOT151106110K | Hydraquinone dan Tretinoin | Onew Cosmetics |
7 | Dnars Nar Cream-Sensitif | NOT150104341K | Hydraquinone dan Tretinoin | Rohban Trade Sdn. Bhd. |
8 | Ellfie Night Cream | NOT150203432K | Hydraquinone dan Tretinoin | Ellfie Beauty |
9 | Tati Skincare Night Cream | NOT150200975K | Merkuri | Biotech Resources Sdn. Bhd. |
10 | Tati Skincare Treatment | NOT150200974K | Hydraquinone dan Tretinoin | Biotech Resources Sdn. Bhd. |
11 | Moleek Anti Pigment Cream | NOT150203432K | Hydraquinone dan Tretinoin | DZ Reenz Enterprise |
Sila layari laman web Agensi Regulatori Farmasi Negara (National Pharmaceutical Regulatory Agency) bagi mengetahui senarai terperinci dan produk kecantikan yang dibatalkan di pautan ini.
Sebelum sesuatu produk kosmetik dijual di pasaran Malaysia, produk tersebut hendaklah mempunyai kelulusan daripada Agensi Regulatori Farmasi Negara. Hal ini bermaksud, produk kosmetik tersebut hendaklah bernotifikasi dengan Agensi ini iaitu syarikat yang memasarkan produk membuat pengisytiharan berkenaan dengan maklumat produk kepada Agensi Regulatori Farmasi Negara.
Semoga maklumat yang disampaikan memberi manfaat yang berguna kepada semua pembaca.