Semakan Nombor Siri BPN/Nombor Baucar dibuka Bagi Pemohon Akaun Bank Tidak Aktif bagi menunaikan Bantuan Prihatin Nasional

Semakan nombor siri Bantuan Prihatin Nasional (BPN) boleh dibuat mulai 17 April 2020. Bagi individu yang telah memohon tetapi akaun bank tidak aktif, semakan nombor siri boleh dibuat melalui portal rasmi Bantuan Prihatin Nasional Hasil.

Anda boleh membuat semakan nombor siri Bantuan Prihatin Nasional seperti yang diterangkan dibawah dan turut disertakan panduan penunaian baucar di kaunter.

Sudah pasti semua sudah maklum bahawa semasa membuat pendaftaran untuk Bantuan Prihatin Nasional kita dikehendaki untuk memasukkan nombor akaun bank di bahagian maklumat pemohon.

Kaedah ini adalah untuk memudahkan proses pembayaran Bantuan Prihatin Nasional yang mana bayaran tunai akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank pemohon.

Walau bagaimanapun, tidak semua pemohon mempunyai akaun bank yang aktif,

Oleh itu pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia telah mengeluarkan Nombor Siri BPN khusus untuk pemohon yang mempunyai bank akaun tidak aktif.

Sebelum menerangkan secara terperinci cara-cara untuk mendapatkan, dan menyemak nombor siri BPN masing-masing, ada baiknya semua pemohon yang terlibat mengetahui apa itu nombor siri BPN.

Apakah yang dimaksudkan dengan  Nombor Siri Bantuan Prihatin Nasional (BPN)?

Pemohon yang lulus untuk bantuan BPN tetapi tidak mempunyai akaun bank yang aktif atau tidak mempunyai akaun bank akan menerima nombor siri BPN untuk tujuan pengeluaran secara tunai di kaunter bank.

Pengeluaran bantuan secara tunai menggunakan nombor siri BPN ini hanya dikhususkan kepada pemohon yang lulus dan tidak mempunyai akaun bank atau akaun bank yang tidak aktif.

Pengeluaran nombor siri BPN ini adalah usaha pihak LHDNM bagi memudahkan urusan pemohon yang tidak mempunyai akaun bank atau akaun bank tidak aktif untuk membuat penunaian Bantuan Prihatin Nasional di cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BPN) di seluruh negeri.

Walau bagaimanapun, penunaian ini hanya boleh dibuat selepas berakhirnya tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini.

Baca: Panduan Bantuan Prihatin Nasional 2020

Penunaian juga boleh dibuat di mana-mana kaunter Bank Simpanan Nasional setelah Nombor Siri dipaparkan di Portal Bantuan Prihatin Nasional berdasarkan masalah pembayaran berstatus gagal kredit iaitu duit tidak dapat dimasukkan ke dalam akaun bank disebabkan alasan berikut:-

  1. Nombor akaun bank tidak aktif
  2. Nombor akaun bank tidak wujud akibat tersalah masukkan data

Nombor siri yang diberikan oleh pihak LHDNM ini bertujuan memudahkan pemohon yang tidak mempunyai akaun bank bagi menunaikan bayaran bantuan mereka.

Bagaimana Untuk Mendapatkan Nombor Siri BPN/Nombor Baucar BPN?

Pemohon boleh mengikuti langkah-langkah berikut bagi mendapatkan nombor siri BPN atau menyemak nombor siri BPN masing-masing.

  • Semakan Nombor Baucar BPN boleh dibuat melalui portal rasmi Bantuan Prihatin Nasional melalui pautan berikut: https://bpn.hasil.gov.my/
  • Nombor siri BPN boleh disemak bermula 17 April 2020 (Jumaat)
  • Sekiranya nombor siri BPN Hasil anda wujud dalam sistem paparan maklumat pembayaran pemohon, penunaian boleh dilakukan bermula 17 April 2020.
  • Nombor siri akan diberikan atau boleh diketahui melalui portal Bantuan Prihatin Nasional di bahagian No Baucar. Nombor siri akan dipaparkan setelah anda membuat semakan. Penunaian tunai boleh dibuat di kaunter BSN dengan menggunakan nombor baucar tersebut.

Berikut merupakan Soalan Lazim Mengani Penunaian Bantuan Prihatin Nasional (BPN) di Kaunter BSN

  • Semakan no baucar/ no siri boleh dibuat melalui pautan berikut:

Laman web : https://bpn.hasil.gov.my

  • Penunaian boleh dibuat bermula 17 April 2020 sehingga 31 Disember 2020.
  • Wakil atau waris seperti ibu/bapa/pasangan/anak/adik-beradik/cucu dibenarkan untuk membuat penunaian Bantuan Prihatin Nasional bagi pihak penerima yang tidak mempunyai akaun bank/gagal kredit/meninggal dunia/uzur/kurang upaya/sakit berpanjangan atau mempunyai halangan lain untuk membuat penunaian di kaunter BSN.

Wakil atau waris hendaklah membawa bersama-sama dokumen berikut:-

  1. Dokumen bukti pertalian wakil dan penerima
  2. Kad pengenalan asal wakil
  3. Kad pengenalan asal/salinan penerima
  4. Sijil kematian asal/salinan penerima

Semoga maklumat yang disampaikn melalui laman ini jelas dan memberi panduan yang jelas kepada pemohon mengenai semakan nombor siri baucar BPN.

Leave a Comment