Program PRIHATIN Kasih : Semak Status Penerima RM100 Sebulan Bagi Tempoh 3 Bulan

Penularan wabak Covid-19 di Malaysia semakin merisaukan, ramai golongan yang terjejas dan hilang punca pendapatan. Ada juga yang sehinggakan terputus bekalan dapur.

Sedar dengan keadaan ini, satu lagi inisiatif kerajaan bagi membantu rakyat yang terputus bekalan dapur dan hilang punca pendapatan dilaksanakan bagi meringankan sedikit beban mereka yang terjejas.

Inisiatif berikut adalah satu Program Prihatin Kasih iaitu bantuan makanan tanpa tunai sebanyak RM100 setiap bulan bagi tempoh 3 bulan.

Dengan bantuan ini di harapkan dapat membantu meringankan beban rakyat untuk membeli barangan dapur atau keperluan asas yang lain.

Mengenai Program Prihatin Kasih

Program Prihatin kasih adalah satu inisiatif kerajaan yang diterajui oleh kementerian kewangan Malaysia.

Inisiatif ini adalah di bawah program strategik memperkasa rakyat dan ekonomi yang dilaksanakan oleh Yayasan Mykasih dan disokong oleh PEMERKASA.

Inisiatif yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia ini memperuntukkan sehingga RM100 juta dan disasarkan kepada 300,000 isi rumah miskin yang terjejas akibat penularan wabak ini.

Inisiatif yang diberikan adalah bantuan makanan dengan mengkreditkan RM100 melalui Mykad penerima. Penerima boleh membeli barangan dapur menggunakan Mykad.

Kaedah pembayaran

Pembayaran bagi Prihatin Kasih akan dikreditkan secara tanpa tunai melalui Mykad penerima setiap 1hb setiap bulan bagi tempoh 3 bulan.

Penerima boleh menggunakan Mykad untuk membeli belah barangan dapur dan keperluan di cawangan supermarket yang disenaraikan.

Jadual pembayaran

Berikut adalah jadual pembayaran bagi bantuan program Prihatin Mykasih yang akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut negeri serta bulan seperti berikut:

NegeriBulan Pelaksanaan
    Selangor, Kuala Lumpur  Bermula Julai sehingga September 2021
  Kelantan, Pulau Pinang, Melaka ,Johor, Kedah, Terengganu, Perlis, Perak  Bermula Ogos sehingga Oktober 2021
  Negeri Sembilan, Labuan, Sabah, Sarawak, Pahang, Putrajaya  Bermula September
sehingga November 2021
Atau
Bermula Ogos sehingga Oktober 2021 (akan dimaklumkan kemudian)

Senarai Supermarket

Berikut adalah senarai pusat membeli belah yang anda boleh kunjungi dan menggunakan bantuan ini untuk membeli barangan dapur menggunakan Mykad.

  • Giant
  • Milimewa
  • Mydin
  • Econsave
  • The Store
  • Pacific
  • 99 Speedmart
  • Lotus Stores (Tesco)
  • Kedai-kedai runcit lain yang terpilih

Semakan kelayakan

Anda boleh membuat semakan kelayakan untuk menerima bantuan dari Program prihatin kasih mengikut langkah berikut:

  1. Layari pautan berikut : https://apps.epetrol.com.my/mkmember/Redang/Recip/CheckStatus.aspx?lang=
  2. Seterusnya, masukkan no kad pengenalan anda.
  3. Klik pada butang semak.
  4. Keputusan kelayakan akan dipaparkan.

Bagi penerima yang layak akan menerima SMS daripada MyKasih untuk pengesahan status.

Jika anda layak tapi nama anda tidak dipaparkan anda boleh menghubungi : info@MyKasih.com

Maklumat lanjut

Untuk maklumat lanjut dan sebarang persoalan anda boleh melayari pautan berikut :

Atau hubungi,

Tel: (603) 7720 1800
Email
info@mykasih.com

Leave a Comment