E-Kasih adalah Bank Data Kemiskinan Nasional mengandungi maklumat mengenai kemiskinan. Bantuan ini diberikan kepada Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR). Individu yang ingin memohon e-Kasih boleh mengemukakan permohonan secara atas talian. Berdasarkan kepada maklumat yang dipetik daripada Portal Pembasmian Kemiskinan, bantuan diberikan bermula dari proses permohonan sehinggalah kepada pemantauan keberkesanan program bantuan yang diberikan.
Ciri-ciri Pendaftaran Melalui e-Kasih
- Semakan status kemiskinan secara atas talian boleh dibuat.
- Penyelarasan maklumat-maklumat bantuan.
- Kemaskini maklumat kemiskinan secara atas talian.
- Pengiraan Status Kemiskinan (Miskin/Miskin Tegar) secara langsung berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Per Kapita.
- Penjanaan Laporan dan statistic kemiskinan.
- Pemantuan kemiskinan.
Siapa yang layak mendaftar e-Kasih?
- Ketua Isi Rumah yang berpendapatan kurang dari RM1,500 sebulan (Bandar) dan RM1,000 sebulan (Luar Bandar).
- Pendaftaran boleh dirujuk kepada Pejabat Daerah dan Jabatan Pembangunan Persekutuan/Pejabat Pembangunan Negeri (JPP/PPPN).
Aplikasi e-Kasih
Borang Online Makluman Mengenai Kemiskinan
Keputusan program bantuan adalah berdasarkan kepada syarat dan kriteria bantuan oleh agensi pemberi bantuan. Kelayakan bantuan adalah diambil berdasarkan kepada Data melalui e-Kasih.
Semoga maklumat ini memberi manfaat kepada semua.