Sedar atau pun tidak kita sudapun berada di hujung bulan Ramadhan dan tidak lama lagi hari raya bakal menjelang.
Tahukah anda semasa hari raya duit raya telahpun menjadi satu tradisi bagi yang merayakannya?
Sama ada memberi ataupun menerima, tradisi ini telah menjadi satu aspek yang membantu dalam menambahkan kemeriahan di hari raya.
Di samping menambahkan kemeriahan dalam hari raya Aidilfitri, duit raya juga boleh dijadikan sebagai sedekah yang diberikan kepada orang lain.
Sudah tentu ramai pihak yang tidak mahu terlepas peluang dalam memberikan duit raya kepada suadara mara, keluarga dan kenalan yang lain.
Walaubagaimanapun, sudah tentu hari-hari menjelang hari raya ini adalah hari yang sangat sibuk sehingga tiada masa untuk menukarkan duit raya.
Jangan risau, kini anda boleh menukarkan duit raya dengan cara yang mudah dan pantas tanpa perlu beratur panjang dengan melalui ATM berhampiran anda sahaja.
Langkah – langkah menukarkan duit raya menggunakan mesin atm berdekatan anda
- Pergi ke cawangan maybank, dan pergi ke ATM maybank yang mempunyai gambar bertulis untuk menukarkan duit raya.
- Tekan pengeluaran dan pilih jumlah yang ingin dikeluarkan ( maksimum pengeluaran ialah RM300
- Anda akan mendapatkan duit raya anda yang wangi dan baru sesuailah untuk hari raya yang meriah
- Setelah selesai proses pengeluar, anda boleh meminta sampul duit raya di kaunter Maybank
Selesai suda proses pengeluaran duit raya, kini anda tidak perlu risau lagi untuk beratur panjang untuk menukarkan duit raya.
Akhir sekali, selamat berpuasa kepada kepada semua umat Islam dan selamat menyambut hari raya aidilfitri yang bakal tiba kepada yang merayakannya.