Langkah penstabilan harga minyak bagi mengawal harga jualan bahan api petrol dan juga diesel telah diperkenalkan di bawah pimpinan Pakatan Harapan.
Langkah penstabilan harga minyak bagi mengawal harga jualan bahan api petrol dan juga diesel telah diperkenalkan di bawah pimpinan Pakatan Harapan.
Usaha ini adalah untuk meningkatkan kesejahteraan ekonomi rakyat khususnya golongan B40.
Pada 30 Disember 2019, Menteri KPDNHEP telah mengumumkan Penangguhan Program Subsidi Petrol (PSP) serta pengapungan harga RON95 akan ditangguhkan kepada tarikh yang akan diumumkan kemudian.
Ianya berikutan pemberian ruang terhadap golongan penerima dalam kalangan M40 yang diuruskan oleh Kementerian Kewangan.
Tarikh | RON95 | RON97 | DIESEL |
4 April – 10 April | 1.30 | 1.60 | 1.58 |
11 April – 17 April | 1.25 | 1.55 | 1.46 |
18 April – 24 April | 1.25 | 1.55 | 1.43 |
25 April – 1 Mei | 1.25 | 1.25 | 1.40 |
2 Mei – 8 Mei | 1.25 | 1.55 | 1.40 |
9 Mei – 15 Mei | 1.25 | 1.55 | 1.40 |
16 Mei – 22 Mei | 1.31 | 1.61 | 1.45 |
Semoga maklumat berkaitan dengan harga minyak yang dipaparkan dalam laman ini memberi manfaat kepada semua.
Harga Minyak Petrol Diesel Malaysia Turun Pada Paras Terendah Dalam Sejarah
Dunia sekarang sedang dilanda virus Covid-19. Disebabkan itu, ekonomi dunia hampir menjadi lumpuh. Bukan itu sahaja, harga minyak dunia juga turut turun pada tahap yang terendah. Ia turut memberi tempias kepada negara pengeluar minyak yang lain termasuklah negara kita. Harga minyak petrol diesel Malaysia turun pada tahap yang paling rendah di dalam sejarah dan mungkin akan mengalami penurunan lagi.
Mungkin ramai yang beranggapan bila harga minyak turun ianya adalah satu yang menggembirakan. Mana tidaknya, mereka dapat menjimatkan duit minyak kenderaan mereka.
Sebenarnya, jika harga minyak petrol diesel Malaysia turun tahap tahap terlalu rendah ia akan memberikan kesan buruk kepada ekonomi di negara kita. Malah, jika harga minyak petrol diesel Malaysia jatuh pada tahap yang teruk ia boleh menyebabkan negara kita terpaksa menanggung kerugian yang amat besar.
Penurunan Harga Minyak Petrol Diesel Malaysia Ada Kesan Positif Dan Ada Juga Kesan Negatif
Sebenarnya, apabila harga minyak turun, ada kesan positif terhadap kita dan Kerajaan dan dalam pada masa yang sama ia juga turut mempunyai kesan negatif. Justeru itu, kita tidak boleh terlalu seronok jika harga minyak turun terlalu rendah, ia mungkin mengakibatkan kemelesetan ekonomi. Penurunan harga minyak ada juga kesan positif dan negatifnya kepada kita dan negara. Antaranya:
Kesan Positif
1-Dapat mengurangkan kos perbelanjaan minyak kenderaan.
Apabila harga minyak turun, ia sudah tentu akan meringankan anda. Ini kerana, anda tidak lagi pening kepala untuk mengeluarkan perbelanjaan minyak kenderaan yang banyak dan anda juga ada wang yang lebih pada hujung bulan
2-Menjimatkan wang kerajaan
Bila harga minyak dunia menurun, ia dapat menjimatkan perbelanjaan kerajaan kerana kerajaan tidak perlu lagi menanggung kos subsidi minyak dan wang dari subsidi minyak tersebut kerajaan dapat gunakan kegunaan program pembangunan rakyat.
3-Kos sara hidup menurun
Apabila harga minyak di turunkan, ia sedikit sebanyak akan menyebabkan kos sara hidup di bandar menjadi semakin rendah dan anda juga tidak tertekan mengenai kos sara hidup.
4- Perbelanjaan isi rumah meningkat
Perbelanjaan isi rumah juga meningkat kerana jika harga minyak menurun isi rumah mempunyai wang yang lebih untuk perbelanjaan lain dan perbelanjaan yang penting.
Kesan negatif
1. Jumlah pendapatan negara menjadi berkurangan
Bila harga minyak dunia menurun ia sedikit sebanyak memberikan kesan kepada pendapatan negara. Sebagai negara pengeluar minyak ia sudah tentu akan menyebabkan pendapatan negara kita akan menjadi berkurangan. Disebabkan itu, kerajaan akan mengalami kerugian yang agak besar.
2-Penurunan pendapatan syarikat minyak
Apabila harga minyak dunia menurun melebihi paras terendah, ia sebenarnya turut memberi kesan kepada syarikat pengeluar minyak negara kita iaitu PETRONAS. Ia sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada kerajaan. Ini kerajaan, Petronas biasanya akan membayar dividen kepada kerajaan.
Sekiranya pendapatan mereka menurun ia mungkin akan menyebabkan Syarikat Petronas tidak mampu membayar dividen kepada kerajaan. Ia seterusnya akan memberi kesan kepada kewangan negara kita.
3-Memberi kesan buruk kepada pasaran saham negara kita
Sekiranya, harga minyak petrol diesel Malaysia terus menurun ia akan memberikan kesan buruk kepada pasaran saham di negara kita. Jika pasaran saham negara kita semakin teruk, ia mungkin akan menyebabkan pelabur petroleum akan menarik diri dari melabur di negara kita. Ia sekali gus akan menyebabkan berlakunya kemelesetan ekonomi negara kita. Bila berlakunya kemelesetan ekonomi, ia akan memberi kesan buruk seperti:
- Kuasa beli pengguna menjadi semakin menurun
- Harga barang yang meningkat menyebabkan perbelanjaan keperluan menjadi semakin menurun
- Jika ekonomi menjadi semakin teruk, banyak syarikat terpaksa menggulung tikar
- Sekiranya banyak syarikat terpaksa di tutup ia akan menyebabkan kadar pengangguran menjadi tinggi
- Pelabur akan melarikan diri dan melabur ke tempat lain
- Apabila pelabur melarikan diri sudah tentu ia akan menyebabkan mata wang kita menjadi jatuh dan boleh memberikan kesan kepada ekonomi kita.
Apa Faktor Yang Mempengaruhi Turun Naik Harga Minyak?
Pasti anda tertanya-tanya kenapa harga minyak petroleum ada turun naiknya? Apa yang menyebabkan harga minyak boleh jatuh?? Sebenarnya, banyak faktor yang boleh mempengaruhi turun naik harga minyak dunia. Jika harga minyak tidak stabil ia juga boleh mempengaruhi negara pengeluar minyak yang lain seperti Malaysia. Jom kita baca apa faktor yang mempengaruhi harga minyak petroleum dunia.
- Peperangan
Jika dunia sedang mengalami peperangan ia boleh menyebabkan harga minyak mentah dunia turun pada tahap yang paling rendah. Apabila harga minyak dunia turun maka pengeluar minyak juga terpaksa menurunkan harga minyak mereka.
2- Wabak Penyakit Yang Serius
Rasanya faktor yang ini semua orang pasti mengetahui. Jika dunia sedang di landa wabak penyakit yang serius sehingga menyebabkan ekonomi menjadi lumpuh, ia menyebabkan harga minyak turun. Begitulah apa yang sedang kita hadapi sekarang ini. Dunia sekarang sedang dilanda wabak Covid-19. Ia telah menyebabkan ekonomi dunia menjadi lumpuh dan harga minyak iatuh pada tahap yang sangat rendah.
3. Kemelesetan ekonomi dunia
Sebenarnya, kemelesetan ekonomi dunia juga turut mempengaruhi turun naik harga minyak mentah. Jika ekonomi dunia menjadi tidak stabil atau merosot ia turut memberi kesan kepada ekonomi di negara-negara lain. Ia sekali gus akan menyebabkan kuasa pembelian menjadi rendah. Justeru itu, minyak mentah dunia terpaksa di turunkan bagi menyeimbangi permintaan global. Jika tidak ia mungkin akan memberikan kesan yang lebih buruk kepada ekonomi dunia dan ekonomi negara kita.
Faktor-Faktor Yang Saya Sebutkan Ini Merupakan Penyumbang Utama Kepada Turun Naiknya Harga Minyak Petrol Diesel Malaysia
Kesimpulanya, jika harga minyak menurun ia bukan bermakna anda boleh bergembira. Sebaliknya, anda perlu lihat sebab apa harga minyak menurun. Adakah ia membawa kebaikan atau keburukan kepada ekonomi negara kita.
Jika ia berterusan menurun ia mungkin akan mengakibatkan negara kerugian yang besar dan seterusnya ekonomi negara kita juga akan menjadi lebih merudum. Seperti apa yang terjadi pada negara kita sekarang ini. Justeru itu, anda perlulah lebih bijak mengatur kewangan anda.
Cermat berbelanja dan pastikan anda mempunyai simpanan sekurang-kurangnya untuk 6 bulan akan datang. Kita tidak tahu apa yang bakal berlaku pada ekonomi kita pada 6 bulan akan datang. Jika kita mempunyai simpanan ia setidaknya akan menjadikan kita lebih bersedia di masa akan datang