Penetapan harga baru bagi 1 Kilogram gula telah diumumkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) salam satu kenyataan media yang bertarikh 2 Mac 2017.
Penetapan harga baru tersebut adalah dilaksanakan berdasarkan Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penentuan Harga Maksimum) (No. 2) 2017.
Harga baru yang diumukan oleh KPDNKK bagi harga gula pasir putih bertapis kasar ditetapkan pada harga RM2.95 sekilogram.
Sebelum ini harga bagi gula jenis yang sama adalah pada kadar RM2.84 sekilogram sahaja, iaitu naik sebanyak 11 sen.
Walau bagaimanapun, berbanding dengan kenaikan harga gula di Negara lain, kerajaan Malaysia masih mengawal harga tersebut pada paras yang paling minimum.
Punca dan Penyebab Harga Gula 1Kilogram Mengalami Kenaikan Harga di Pasaran Malaysia 2017
- Peningkatan harga gula dipasaran antarabangsa menyebabkan kilang pengeluar gula tempatan terpaksa menanggung kos yang semakin tinggi ditambah pula dengan penyusutan nilai ringgit Malaysia.
- Hasil dari peningkatan harga gula 1 Kilogram ini, orang ramai turut terbeban dengan terpaksa membeli harga gula dengan harga yang lebih mahal sebelum ini.
Harga Gula Terkini di Malaysia Tahun 2020
1 Kilogram (KG) |
RM 2.95 (kenaikan sebanyak 0.11 sen) |
Semoga maklumat yang disampaikan melalui halaman ini memberi manfaat kepada semua.