Bantuan Rumah Mampu Milik Bagi Golongan Berpendapatan Rendah Di Bawah Residensi Prihatin

Di Malaysia, terdapat rakyat yang kurang berkemampuan dalam memiliki rumah sendiri, ada diantara mereka yang hanya menyewa rumah ataupun menduduki rumah tumpangan.

Kerajaan sedar akan beban yang ditanggung oleh rakyat yang berpendapatan rendah dan dalam masa yang sama hendak menumpukan komitmen dalam membayar sewa bulanan. Ada juga yang masih rungsing memikirkan masa hadapan kerana belum mempunyai rumah sendiri.

Bagaimana tidak, selaras dengan teknologi yang semakin maju begitu juga dengan peningkatan harga rumah di Malaysia sehingga mencecah Rm300,000 dan ke atas.

Oleh itu, bagi meringankan beban rakyat Malaysia yang belum mempunyai rumah sendiri dan berpendapatan rendah, dengan keperihatinan kerajaan, kerajaan telah pun melaksanakan satu program rumah mampu milik di bawah Residensi Prihatin.

Apa itu Residensi Prihatin?

Residensi Prihatin adalah salah satu inisiatif kerajaan dalam mewujudkan rumah mampu milik bagi golongan yang memerlukan.

Golongan yang memerlukan ini terdiri daripada golongan yang belum mempunyai rumah dan berpendapatan rendah.

Pelaksanaan program ini adalah bagi memberikan kemudahan dan keselesaan kepada penduduk negara Malaysia yang kurang berkemampuan.

Di samping membantu meringankan beban rakyat, program ini juga adalah untuk meningkatkan taraf hidup rakyat dan merapatkan lagi jurang kemiskinan.

Untuk pengetahuan anda, program ini diadakan diwilayah Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Apa yang perlu anda tahu?

Jika anda berminat dengan program rumah mampu milik, dan anda belum memiliki rumah dan mempunyai pendapatan kasar isi rumah tidak lebih dari Rm5,000 sebulan, anda perlu tahu beberapa perkara penting berkaitan program rumah mampu milik di bawah Residensi Prihatin.

Berikut kami kongsikan kepada anda, perkara penting yang perlu tahu berkaitan program Residensi Prihatin :

Jenis rumah yang ditawarkan

Rumah mampu milik yang ditawarkan bukan sahaja mempunyai harga yang berpatutan, tetapi mempunyai spesifikasi yang menarik yang menjamin keselesaan penduduknya.

Setiap rumah mampu milik ini mempunyai:

  • 3 bilik tidur
  • 2 bilik air
  • Dapur
  • Ruang tamu dan ruang makan yang selesa
  • Yard

Rumah mampu milik ini direka dengan reka bentuk berstrata, yang mana bentuk yang sangat menarik dan cantik yang mampu anda miliki dengan harga yang rendah.

Syarat kelayakan memohon rumah mampu milik

Bagi memohon rumah mampu milik ini, anda hendaklah seorang individu yang menepati semua kelayakan yang telah ditetapkan seperti :

  • Pemohon hendaklah merupakan warganegara Malaysia
  • Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun pada tarikh permohonan
  • Mempunyai pendapatan kasar isi rumah tidak lebih daripda RM5,000 sebulan
  • Permohonan ini akan diberi keutamaan kepada pemohon yang berkerja dan menetap di wilayah persekutuan
  • Permohonan ini hendaklah merupakan permohonan bagi rumah pertama pemohon
  • Pemohon hendaklah mendaftarkan diri di Portal rasmi Residensi Prihatin

( https://residensiprihatin.kwp.gov.my/application )

Pemohon juga perlu tahu, moratorium iaitu sekatan penjualan rumah selepas pembelian mengikut perjanjian adalah bagi tempoh 10 tahun dari pembelian rumah.

Rumah mampu milik ini tidak boleh dipindahmilik sesuka hati kepada mana-mana pihak, kecuali waris terdekat seperti suami/isteri ataupun anak-anak.

Cara memohon

Apabila pemohon yang berminat telah mengesahkan kelayakan seperti yang ditetapkan, anda boleh ‘click’ pada butang “ saya layak” dan borang permohonan secara atas talian akan dipaparkan.

Permohonan ini boleh dibuat pada pautan :

https://residensiprihatin.kwp.gov.my/application

Tempoh sah laku permohonan

Permohonan program rumah mampu milik mempunyai tempoh sah laku permohonan selepas anda memohon iaitu 12 bulan dari tarikh dokumen sokongan yang lengkap telah dimuat naik.

Cara semak permohonan

Bagi pemohon yang telah memohon, anda boleh menyemak status permohonan anda pada portal rasmi Residensi Prihatin.

Portal Residensi Prihatin : https://residensiprihatin.kwp.gov.my/

Harga jualan rumah

Program rumah mampu milik menawarkan harga rumah yang lebih rendah berbanding harga rumah yang terdapat dipasaran bagi meringankan beban rakyat yang berpendapatan rendah.

Harga jualan rumah adalah sehingga RM200,000 seunit sahaja dengan saiz rumah minima 750 kaki persegi.

Program Residensi Prihatin ini akan melancarkan 10,000 unit rumah bagi membantu golongan yang memerlukan dan berkelayakan.

Harga yang perlu dibayar oleh pemohon

Harga yang perlu dibayar oleh pemohon adalah sangat berpatutan dan mampu milik iaitu 10% daripada harga unit yang ditawarkan kepada pemaju.

Pembinaan rumah mampu milik dengan 10,000 unit ini adalah dalam tempoh 3 tahun iaitu 2021 hingga 2024, dan dijangkakan siap sepenuhnya pada 2025.

Maklumat Lanjut

Jika terdapat sebarang persoalan, anda boleh menghubungi

Faks : 03 – 8889 7640

Alamat email : urusetiaresidensiprihatin@kwp.gov.my

Atau layari laman sesawang :

https://residensiprihatin.kwp.gov.my/

Leave a Comment