Berkenaan dengan keadaan wabak Covid- 19 yang semakin menular, ramai penduduk negara yang terkesan dari segi pendapatan hingga hilang punca pendapatan.
Tidak kurang juga penduduk yang kehilangan pekerjaan akibat sektor perniagaan yang terpaksa ditutup akibat mengalami kerugian.
Dengan itu, kerajaan telah melaksanakan satu usaha bagi membantu golongan yang terjejas terutamanya golongan yang kehilangan punca pendapatan dan dibuang kerja akibat penularan wabak Covid-19 iaitu, Mobile preneur 4.0 di bawah TEKUN nasional.
Mobile preneur 4.0 menyediakan bantuan modal kepada individu yang berkeinginan untuk mencari pendapatan dengan menjadi rider, bantuan ini adalah sehingga 10,000 ringgit Malaysia
TEKUN Mobile preneur
Sebelumnya, pembiayaan melalui TEKUN Mobilepreneur 1.0,2.0 dan 3.0 telah dilancarkan dan dapat membantu ramai belia yang kehilangan punca pendapatan.
Kini TEKUN MobilePreneur melancarkan MobilePreneur 4.0 bagi membantu golongan yang kehilangan sumber pendapatan untuk mendapatkan sumber pendapatan baru dengan berkerja sebagai seorang rider.
Berikut dikongsikan maklumat lanjut berkaitan MobilePreneur 4.0.
Apakah tujuan bantuan Mobilepreneur?
Mobilepreneur 4.0 membantu dalam menyediakan :
- Bantuan permulaan membeli motosikal
- Bantuan membaik pulih motosikal
- Modal pusingan
Jumlah pembiayaan
Jumlah pembiayaan adalah dari RM1,000 hingga RM10,000
Syarat kelayakan permohonan
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 hingga 60 tahun semasa membuat permohonan
- Individu yang memohon bukanlah seorang yang muflis.
- Pemohon hendaklah mempunyai lesen memandu B1 / B2 yang sah.
- Pemohon hendaklah mempunyai pelantikan yang sah daripada syarikat e-hailing yang berdaftar.
- Pemohon memiliki motosikal sendiri yang berdaftar ( baikpulih dan modal pusingan )
- Pemohon dikehendaki untuk mengemukakan dokumen asal sebutharga pembelian motosikal yang sah ( bagi permohonan membeli motosikal )
- Pemohon mestilah pemohon yang terlibat secara langsung atau separuh masa dalam aktiviti perniagaan.
- Peserta yang memohon perlu mematuhi garis panduan serta terma dan syarat yang dikuatkuasakan oleh MOT
- Permohonan yang mempunyai surat sokongan yang disyorkan oleh mana-mana syarikat e-Hailing akan di mendapat keutamaan.
Cara permohonan
Untuk memohon skim ini pemohon hendaklah mempunyai dokumen seperti yang disenaraikan dibawah :
- Dokumen borang permohonan pembiayaan (JPP02, JPP25 atau JPP17)
- Gambar berukuran passport
- 1 dokumen salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan ( jika berkenaan )
- 1 salinan lesen memandu B1 atau B2 yang sah
- Dokumen Sebutharga pembelian motosikal yang sah ( permohonan pembelian motosikal)
- Dokumen salinan geran motosikal yang sah ( permohonan membaikpulih dan modal pusingan )
- Dokumen salinan cukai jalan motosikal yang sah (permohonan memperbaiki motosikal )
- Gambar pemohon bersama motosikal (pemohon perlu menunjukkan nombor pendaftaran motosikal) (permohonan baikpulih dan modal pusingan )
- Surat sokongan Syarikat e-Hailing atau bukti pendaftaran bersama Syarikat e-Hailing
- Dokumen salinan buku bank simpanan atau penyata bank pemohon
- Dokumen salinan bil utiliti (elektrik / air / telefon)
- 1 salinan peta lokasi rumah dari Pejabat Cawangan TEKUN yang berdekatan
Bantuan TEKUN MobilePreneur 4.0 yang dilancarkan dibawah TEKUN Nasional telah banyak membantu golongan yang hilang punca pendapatan memandangkan penularan wabak covid-19 yang masih belum redah.
Bagi individu yang kehilangan punca pendapatan dan berhasrat untuk menjadi seorang rider boleh membuat permohonan bagi mendapatkan bantuan skim ini.
Maklumat lanjut
Jika terdapat persoalan pemohon boleh menghubungi:
TEKUN Nasional di talian : 03-90598888
Anda juga boleh terus ke laman facebook TEKUN Nasional untuk maklumat yang lebih lanjut