Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) yang telah diwujudkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merupakan suatu aplikasi atas talian yang telah membantu melancarkan sistem penyimpanan data murid secara elektronik.
Aplikasi yang diwujudkan ini merupakan medium untuk menyimpan serta mengisi maklumat data berkenaan murid di sesebuah sekolah. Antara maklumat yang disimpan dalam APDM ini adalah seperti biodata peribadi murid, kehadiran murid, dan banyak lagi maklumat yang lain.
Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) adalah amat penting semasa mengisi Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS). Maklumat yang terdapat di dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid hendaklah selari dengan data yang diisi di dalam sistem Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SPAS).
Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat kesalahan semasa pengisian data dilakukan, guru perlu bertindak dengan menghubungi Setiausaha Peperiksaan (SUP) untuk memperbetulkan kesalahan ataupun ralat yang terjadi tersebut.
Bagaimana Untuk LOGIN ke dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM)?
Sila ikuti pautan berikut untuk login ke dalam sistem: https://apdm.moe.gov.my/
Setelah berjaya masuk ke dalam pautan berikut, paparan skrin adalah seperti di bawah, dan untuk login sila masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan.
Untuk ID Pengguna sila masukkan kod sekolah dengan menggunakan huruf besar dan tanpa jarak, contohnya ABC1234.
Untuk Kata Laluan pula, dicadangkan pengguna menukar katalaluan yang telah diberi oleh sistem (default password) semasa pertama kali login dengan menggunakan menu ‘Tukar Katalaluan’.
Hal ini bertujuan untuk keselamatan data pengguna. Sekiranya terlupa Kata Laluan, sila klik butang Lupa Katalaluan.
Anda boleh baca manual cara dan penggunaan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) melalui pautan berikut:
- Cara dan Manual Penggunaan Penetapan Subjek
- Cara dan Manual Penggunaan Penetapan Subjek Dual Language Programme (DLP)
- Cara dan Manual Kemaskini Nombor Kad Pengenalan Murid
Apakah Fungsi Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM)?
1. E-Kehadiran
- Mencatat kehadiran murid ke sekolah, hadir tapi lewat ke sekolah, tidak hadir bersebab dan tidak hadir tanpa sebab.
- Laporan kehadiran murid ke sekolah mengikut bulan dan tahun turut dilaporkan.
2. Borang Maklumat Murid
- Maklumat penting murid yang diperlukan adalah nama penuh, nombor MyKid, kewarganegaraan, kaum, agama, alamat, jenis bantuan diterima dan lain-lain maklumat yang berkaitan.
- Maklumat ini dapat membantu melayakkan murid menerima sebarang bantuan kewangan dan bantuan-bantuan yang lain.
Soalan lazim (FAQ) mengenai APDM, boleh dibaca melalui pautan berikut:
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi APDM melalui kaedah dibawah:
No. Tel: 03-88849415/9458
E-mel: apdm.team@moe.gov.my
Semoga maklumat yang disampaikan dalam laman ini bermanfaat seterusnya membantu semua pihak terutamanya guru serta kakitangan sekolah didalam memastikan maklumat setiap murid di setiap sekolah sentiasa dikemaskini dengan tepat.